PAKEJ HOMESTAY

PAKEJ KELUARGA HOMESTAY
Maksimum pelawat = 5-8 orang pelawat

PENGENALAN
HOMESTAY KAMPUNG KOTA KLIAS menyediakan perkhidmatan bilik penginapan di mana para pelawat akan tinggal bersama dengan 'tuan rumah' sebagai keluarga angkat atau lebih dikenali sebagai Keluarga Homestay.

Pelawat dalam kumpulan kecil akan melakukan aktiviti dan makan minum bersama dengan keluarga angkat masing-masing supaya lebih berpeluang untuk beramah mesra dan mengetahui lebih lanjut latar belakang kehidupan keluarga angkat mereka. 

Bagi pelawat kumpulan ramai, lokasi makan minum mereka mungkin dihimpunkan pada satu tempat khas ( dewan ) untuk kemudahan dan keselesaan pengurusan. Namun, mereka masih boleh bermesra dengan keluarga angkat dalam kebanyakan waktu lainnya.

Siri lawatan bagi kumpulan kecil akan diurus oleh keluarga angkat masing-masing seperti dijadualkan dan bagi kumpulan ramai siri lawatan akan dikendalikan oleh pengurusan HOMESTAY KAMPUNG KOTA KLIAS. Walaupun demikian, tempat lawatan dan keseronokan yang akan diperolehi pelawat tetap sama !.

Penempatan para pelawat bagi pakej ini akan ditentukan oleh pengurusan HOMESTAY KAMPUNG KOTA KLIAS bagi tujuan keselesaan dan kebaikan bersama.


** Kanak-kanak berumur 5-12 tahun bayaran adalah separuh harga
** Kanak-kanak dibawah 5 tahun :PERCUMA. 


PERHATIAN:
1. Bayaran tersebut di atas adalah untuk bayaran-bayaran seperti penginapan satu malam,sarapan,  makan tengahari dan malam serta aktiviti lawatan.

2. Tempahan untuk menyertai Pakej Homestay perlu dilakukan (1) minggu sebelum tarikh dijadualkan mengikuti pakej dan kelulusannya tertakluk kepada kesanggupan pihak keluarga angkat terlibat menerima kedatangan pelawat berkenaan.

3. Deposit sebanyak 50 peratus dari jumlah bayaran perlu dijelaskan melalui akaun Bank yang akan dimaklumkan kemudian, manakala bakinya boleh dijelaskan melalui wang tunai pada hari pelawat tiba.


NOTA :  
HOMESTAY KAMPUNG KOTA KLIAS TIDAK MENYEDIAKAN KENDERAAN / PENGANGKUTAN UNTUK  PERGERAKAN KE TEMPAT-TEMPAT LAWATAN SEPERTI DICATATKAN.

PELAWAT PERLU  MENGGUNAKAN KENDERAAN SENDIRI DAN AKAN TURUT DISERTAI OLEH SEORANG PEMANDU LAWATAN HOMESTAY KAMPUNG KOTA KLIAS UNTUK PENERANGAN PERJALANAN / KEADAAN SETEMPAT.

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi :
Tel: 019-8723929 / 01125339005
SMS/Whatsapp : 017-8677427 / 019-8817427

email: hkotaklias@gmail.com

No comments:

Post a Comment