Sejarah penubuhan awal kampung ini tidak dapat dipastikan kerana penduduk awal tidak membuat apa-apa catatan.
Berdasarkan cerita orang tua-tua, penduduk asal kampung ini berasal dari negara Brunei Darussalam, mereka ini mengembara dikawasan teluk Brunei ke Labuan, Menumbok seterusnya menyusur sungai klias dan sampai ke kampung Kota Klias.
Mereka membuat perkampungan pada pertengahan tahun 1800 dan mereka bukannya pelarian malah mereka ini berasal dari pulau Labuan.
Teluk Brunei diserahkan kepada Inggeris pada tahun 1841.
Kota Klias dijadikan pusat pemerintahan Inggeris bagi kampung-kampung berhampiran yang didiami oleh kaum Dusun dan Bisaya.
Dalam pemerintahan Jepun 1941-1945 penduduk kampung ini lari bersembunyi di hulu-hulu sungai kecil seperti Sungai Pertayu, Sungai Besi dan Limbungan kerana takut barang-barang dan padi dirampas askar Jepun.
Apabila pihak British menang dalam Perang Dunia kedua tahun 1946, British telah menubuhkan Sekolah Rendah. Hasil pada masa itu ialah padi, getah, kayu dan perniagaan kecilan di tamu-tami seperti tamu Kota Klias dan Kuala Penyu. Ternakan kerbau, kambing, ayam, menangkap ikan juga adalah hasil yang terdapat pada masa itu.
Perhubungan utama ialah sungai dan jalan-jalan kecil pejalan kaki. Jalan raya dari Kota Klias ke Beaufort hanya mula dibina apabila negeri Sabah Merdeka melalui Malaysia tahun 1963.
Gambaran sejarah Suku Kaum Brunei kurang tepat dan masih boleh diperbaik
ReplyDelete